Search my Blog

Sunday, February 1, 2009

Bubur Kacang (Mung Beans Dessert)

Kelmarin buat donat untuk hilangkan kempunan sendiri. Hari ni buat Bubur Kacang untuk hilangkan kempunan sang hb lak. Dah seminggu dok sebut2, hari ni baru sempat nak buat sebab kelapa susah lak nak dapat musim2 hujan ni.

Nak resipi ke? Isyk, senang bebeno nak buat ni.....

BAHAN-BAHAN:
1 cawan Kacang Hijau
1 mangkuk Santan Pekat
Gula Pasir & Gula Merah secukup rasa
½ st Garam
1 helai Daun Pandan

CARA-CARA:
Basuh & rebus kacang hijau sehingga betul2 kembang & lembut.
Masukkan santan, gula, garam & daun pandan yg di simpul.
Masak sehingga mendidih.
Siap....!

No comments:

Post a Comment

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)