Search my Blog

Sunday, August 9, 2015

Kek Lapis Cheese Horlicks (Cheese Horlicks Layered Cake)

This is one of the layered cakes that I managed to make for the Idh this year.... This is mild cheesy taste compared to the other cheese layered cake I showed earlier.... whichever is better depends on personal preference and I love them both as they are special in its own unique taste. Added horlicks definitely enriching the taste further and at same time complementing the cheesy taste very well.

Recipe in English will be provided if I received enough requests.


BAHASA MALAYSIA VERSION
 Satu lagi kek lapis Sarawak yang Along dah buat untuk raya tahun ni. Kek ni rasa keju nya agak 'lembut' dan tidak terlalu lemak keju dan di imbangkan dengan rasa horlicks.... tak muak walaupun di makan banyak. Cepat jer licin hidangan di bandingkan kek lapis yang lain... makna nya sedap lah tu kot...hehee.

Ada cerita di sebalik kek yang konon nya 'sedap' ni..... Along buat satu kesilapan.... Sewaktu membakar lapisan kek, Along heran kenapa lapisan nya tak perang langsung dan agak keras... Along syak mesti terkurang mentega... bila Along check semula resipi terkejut takkan lah 160g jer... rupa2nya Along yang rabun & salah copy resipi yang sepatutnya 16oz! Lepas tu bila bancuh tu otak pun mamai tak terpikir pulak.... walhalkan dah biasa buat kek lapis mentega nya sama jer semua... Nasiblah belum banyak lapisan nya.... apa lagi modify lah resipi tu semula.... nasib menjadi...fiuh!

Lagi satu, ingat tak cerita kat Kek BLC kat sini tu? Kan Along cerita yang lapisan cheese tu tak muat tin dan ada baki separuh? Haaaaaaa..... apa jadi dengan baki tu? Ini lah jadi nya.....heheeee.... So resepi ni tatau lah nak kasi 100% serupa macam yang Along buat.... kita kasi jer resipi yang asal ok.



By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Group Facebook_RMK
Saiz: 8½" x 8½"
BAHAN2:
10 bj Telur
150g Gula Halus
1 sb Ovalet
2 gelas Tepung HongKong
100g Horlicks
16oz Mentega
250g Cream Cheese
1 tin kecil Susu Pekat (Along letak 1 cwn)
Pandan Pes dan Pewarna Kuning

CARA2:
1. Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat.
Masukkan tepung, horlicks & putar sehingga sebati.
2. Pukul mentega sehingga kembang.
Masukkan cream cheese dan susu sambil di pukul sebati.
3. Campurkan kedua-dua adunan di atas.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan satu bahagian kuning dan satu lagi pandan.
5. Bakarlah selapis2, mulakan dengan lapisan pandan, warna kosong dan warna kuning seperti gambar.  

Update:
Kepada yang bertanya saiz gelas yang di gunakan.... lihat gambar di bawah ni. Gelas ni kebiasaan nya di gunakan di kampung2. Saiz nya Along dah sukat, bersamaan 200ml dan berat 1 gelas tepung dalam gram lebih kurang 115g. Paling baik jika anda sukat pakai cawan 200ml sebab timbangan nya mungkin berubah bergantung kpd jenis tepung.


11 comments:

  1. Yahh..nasib bait sempat nambah butter..hehehe..kacak..lapisnya..
    Kek lumut belacan cis ya kmk kei loyang 9x 9 inci..adunan cis kmk kurngkn mumbung juak nya naitt..nasib x melimpah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar owh kek ya... cuba tin besar lagi lah lenkali...

      Delete
  2. Replies
    1. Insyaallah sedap... Along ambil resipi tu dari group facebook, memang kreatif orang2 Sarawak bab buat kek lapis.

      Delete
  3. mn pake 1 mentega jk bleh ka..250g..mentega xckup..

    ReplyDelete
  4. mn pake 1 mentega jk bleh ka..250g..mentega xckup..

    ReplyDelete
  5. Can I have this recipe in English please?

    ReplyDelete
  6. Kmk terlebih engkah susu... Xpa kah.... Adik ipar kmk nuang hbis setin susu cap junjung ya...

    ReplyDelete
  7. 16oz mentega ya berapa gram sis?

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)